Carian
Adobe Menguji Ciri Magnetic Type – Menggabungkan Gambar Dan Teks Dengan Satu Klik Di Adobe Illustrator
October 20, 2022 Syafia Hani

Jika sebelum ini, untuk menggabungkan gambar dan juga teks menjadi satu, ia memerlukan anda untuk melakukan proses yang agak renyah. Bayangkan anda letakkan gambar di teks tersebut dan jika hendak mengubah struktur teksnya, gambar yang diletakkan tidak memberi perubahan seiring dengan suntingan yang dilakukan.

Jadi Adobe hari ini telah menunjukkan salah satu ujian yang mereka sedang lakukan iaitu projek Magnetic Type. Dengan hanya satu klik untuk mengaktifkan ciri ini di Illustrator, anda boleh menggabungkan gambar dan teks dengan lebih mudah. Malah jika ada perubahan dari segi struktur teks, gambar juga turut ikut perubahan yang dilakukan, seperti mengubah kedudukan, warna, saiz, dan sebagainya.

Selain itu, proses untuk membuat tekapan mengikut bentuk juga lebih senang. Jika dahulu, kita perlu mengikut bentuk dengan terperinci dan memerlukan masa yang lama, kini anda boleh mengikut bentuknya dengan hanya beberapa klik sahaja. Hasil tekapan yang dilakukan juga boleh disalinkan dan ditampal dengan lebih mudah. Bukan sekadar itu, hasil gambar yang ditangkap juga boleh ditekap dengan hanya satu klik sahaja menerusi ciri Magnetic Type ini.

Komen