Oppo A17k Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM499

Diterbitkan pada Okt 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo kini hadir dengan penawaran baharu buat pengguna di Malaysia. Melaluinya, Oppo A17k telah diperkenalkan sebagai peranti berspesifikasi asas dengan cip MediaTek Helio G35. Bagi yang berminat, ia ditawarkan pada RM499 dengan pilihan warna seperti Navy Blue dan Gold. Ketersediaan bermula sekarang menerusi kedai atas talian dan pengedar sah Oppo di seluruh Malaysia.

Oppo A17k dilengkapi skrin sebesar 6.56-inci LCD beresolusi HD+ dengan kadar segar semula 60Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan memori 3GB RAM (LPDDR4X), storan dalaman 64GB (eMMC 5.1) dan bateri berkapasiti 5000mAh. Kamera utama tunggal digunakan dengan sensor 8MP, sementara itu kamera swafoto pula sebesar 5MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bicu audio 3.5mm, bluetooth 5.3, port mikroUSB dan pensijilan IPX4.

komen


© Amanz / 2022 Kami