Digi kini hadir dengan sebuah promosi khusus, dinamakan “I Care About You Day”. Melaluinya, Digi memberikan baucar Shopee berjumlah RM10 untuk setiap pelanggan Digi – sementara stok masih ada.

Promosi ini ditawarkan oleh Digi sehingga 25 Oktober 2022 kelak. Untuk menebus baucar tersebut, pelanggan Digi hanya perlu menghantar SMS dengan mesej “DIGICARES” ke 68886.
Sebuah SMS pengesahan akan diberikan kepada pengguna, dan seterusnya akan menerima baucar melalui aplikasi MyDigi menjelang 15 November 2022 kelak.
Pihak Digi tidak menyatakan berapa banyak baucar yang ditawarkan. Digi sekadar menyatakan setiap pelanggan terhad kepada satu baucar sahaja setiap seorang.