Carian
Xiaomi Mengacah Pengenalan Redmi Note 12 Di China Pada Bulan Ini
October 20, 2022 Aman

Xiaomi kini telah mula mengacah pengenalan Redmi Note 12 secara rasminya di China tidak lama lagi. Tiada tarikh diberikan, tetapi ia dijangka diperlihatkan pada bulan ini.

Buat masa ini, tiada sebarang info berkenaan pembaharuan yang bakal disertakan. Tetapi, Xiaomi mengatakan akan memperkenalkan dua teknologi baharu pada siri berkenaan kelak.

Sebelum ini, terdapat desas-desus mengatakan mengenai penggunaan cip MediaTek terkini, selain sokongan kamera sehingga 200MP. Namun, tidak diketahui sama ada ia akan dapat dilihat pada siri Redmi Note 12 atau sebaliknya.

Komen