Carian
Vector Edge Membolehkan Anda Meletakkan Gambar Di Pelbagai Jenis Permukaan Secara Drag & Drop
October 20, 2022 Syafia Hani

Anda ingin membuat suntingan gambar dimana perlu meletakkan pelekat pada gambar yang mempunyai dimensi. Tetapi prosesnya agak banyak kerana perlu melaraskan pelekat tersebut berdasarkan dimensi yang ada agar kelihatan lebih realistik. Untuk masa sekarang, bagaimana anda akan lakukannya?

Anda perlu mengubah pelekat tersebut melalui fungsi Free Transform satu per satu untuk mengubahnya kiri, kanan, atas, dan bawah sesuai dengan dimensi yang ingin diletakkan. Mungkin satu pelekat boleh dipertimbangkan lagi, tetapi bagaimana pula jika banyak pelekat yang anda ingin letakkan padanya? Prosesnya agak memakan masa dan mempunyai banyak langkah.

Pihak Adobe telah menguji ciri ini menerusi projek Vector Edge mereka dimana gambar-gambar vector boleh diubah dimensinya mengikut permukaan subjek yang anda ingin letakkan dengan mudah. Hanya perlu drag-dan-drop sahaja di mana-mana permukaan dan pelekat tersebut akan mengikut permukaan yang anda ingin letakkan.

Dibawah fungsi ini, anda boleh mengubah kedudukan, saiz, dan pusingan yang anda inginkan. Fungsi ini juga bagus jika anda seorang pereka bentuk dalaman dimana perlu membuat suntingan gambar berdasarkan dimensi sesuatu ruang tersebut.

Komen