Logitech Brio 500 Dan Zone Vibe 100 Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM479

Diterbitkan pada Okt 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Logitech sedia terkenal dengan penawaran aksesori komputer dan peranti mudah-alih yang pelbagai, ini termasuklah fon telinga, kamera web, tetikus dan sebagainya. Mengulas lanjut, dua produk baharu Logitech iaitu kamera web Brio 500 dan fon kepala Zone Vibe 100 kini telah ditawarkan di Malaysia. Bagi yang berminat, kamera web berkenaan dijual pada RM569, sementara itu fon kepala pula berharga RM479.

Logitech Brio 500 merupakan sebuah kamera web untuk tujuan kerja di pejabat, dalam masa sama turut diperakui untuk kegunaan platform seperti Microsoft Teams, Zoom dan Google Meet. Ia menyokong resolusi sehingga 1080P/30fps yang menggunakan sensor 4MP bersama sokongan zum digital 4X. Turut disertakan adalah perisian RightLight 4 dengan HDR untuk kualiti video lebih jelas dalam pelbagai persekitaran cahaya, di samping turut membolehkan pengguna bergerak bebas tanpa keluar bingkai.

Bukan itu sahaja, kamera ini turut mempunyai mikrofon stereo terbina yang mampu menapis hingar untuk audio lebih jelas dan semula jadi. Seterusnya, ciri Show Mode pula memudahkan proses perkongsian proses atau hasil kerja yang berada di atas meja. Logitech Brio 500 juga dibina dengan penutup khusus bertujuan untuk melindungi privasi pengguna.

Logitech Zone Vibe 100 pula adalah set fon kepala nirwayar yang turut direka untuk tujuan kerja di pejabat. Melaluinya, ia telah diperakui untuk kegunaan pelbagai platform seperti Google Meet, Google Voice, Zoom dan lain-lain. Penggunaan pula adalah berasaskan dua cara, sama ada menggunakan sambungan bluetooth atau USB-C yang disediakan. Turut disertakan adalah mikrofon terbina dengan kebolehan menapis hingar dengan teknologi Beamforming untuk audio lebih baik.

Pilihan Flip-to-mute turut disediakan bagi membisukan audio secara automatik, selain ia turut boleh bertukar antara dua peranti dengan mudah menerusi ciri Multipoint Bluetooth. Tidak sekadar itu, fon kepala ini turut boleh bertahan sehingga 18 jam dengan sekali pengecasan.

komen


© Amanz / 2022 Kami