Cari @ Amanz

Vivo Y21T telah diperkenalkan di Malaysia sekitar bulan Mei lalu sebagai sebuah peranti kelas pertengahan. Melaluinya, ia dijana dengan cip Snapdragon 680, di samping sejumlah ciri menarik lain seperti bateri 5,000mAh dan kamera 50MP.

Mengulas lanjut, peranti tersebut kini boleh dimiliki pada harga lebih rendah berbanding asal. Di mana, diskaun sebanyak RM100 diberikan sekaligus menjadikan ia kini dijual pada RM799. Ketersediaan adalah bermula sekarang menerusi kedai atas talian rasmi Vivo Malaysia.

Untuk spesifikasi, Vivo Y21T dilengkapi skrin 6.51-inci LCD HD+, dijana cip Snapdragon 680, memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5000mAh. Sistem tri-kamera turut digunakan dengan tetapan 50MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan pula sebesar 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah – menjalankan FunTouch OS 12 berasaskan Android 11, bluetooth 5.0 dan port USB-C.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd