TM Mengacah Pengenalan Unifi Mobile 5G – “Uni5G”

Diterbitkan pada Okt 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Telekom Malaysia hari ini secara rasminya mengacah pengenalan Unifi Mobile 5G kepada umum, melalui apa yang mereka namakan sebagai Uni5G.

Buat masa ini, TM mengatakan ia akan hadir, tanpa sebarang tarikh pelancaran rasminya. Tetapi, mereka sedia menyatakan 5G sedia meliputi sejumlah kawasan, termasuk Cyberjaya, Putrajaya, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang – selari pengenalan pihak DNB sebelum ini.

Dengan pengacahan ini, kita mungkin boleh melihat TM memperkenalkan rangkaian 5G kepada pengguna Unifi Mobile tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami