Cari @ Amanz

Adobe Sensei merupakan sistem gabungan pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan daripada Adobe. Bagi sesi Adobe MAX Sneaks kali ini, Adobe telah memperkenalkan salah satu teknologi yang menggunakan kecanggihan Adobe Sensei mereka untuk mengubah gambar statik agar dapat bergerak mengikut pergerakan video yang kita tetapkan. Ia dikenali sebagai projek Motion Mix.

Melaluinya, anda boleh memilih pergerakan yang anda ingin padankan kepada gambar statik anda. Bagi acara hari ini, Adobe telah menggunakan situasi gambar manusia statik dan mengubahnya menjadi manusia yang sedang menari.

Menurut Adobe, terdapat pelbagai jenis pergerakan yang anda boleh dapatkan melalui fungsi ini. Hanya perlu padankan gambar dan juga video pergerakan yang anda inginkan, dan klik sahaja butang untuk mengaktifkan pergerakan ini, kini anda sudah boleh dapatkan satu video tarian.

Terdapat juga ciri untuk membuat pelarasan seperti membuat video ini berulang-ulang, mengubah latar belakang, kedudukan dan saiz. Boleh juga untuk menambah subjek subjek lain untuk bergerak bersamanya. Ini seterusnya membolehkan anda menghasilkan satu video tarian yang lengkap dengan penari latar dengan hanya bermodalkan gambar statik sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd