Suatu ketika dahulu negara kita bangga apabila Subkhiddin Mohd Salleh menjadi pengadil di Piala Dunia 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan. Pasukan bola sepak negara masih belum ke Piala Dunia tetapi sekurang-kurangnya pengadil tempatan melepasi piawaian antarabangsa. Di Piala Dunia 2022 di Qatar, sekali lagi Harimau Malaya tidak layak tetapi Malaysia terlibat dalam memastikan keselamatan sepanjang temasya berlangsung.

Malaysia dapat bekerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) melalui inisiatif Pusat Sokongan Sekuriti Nuklear (NSSC) Malaysia untuk memastikan sekuriti nuklear secara global semasa Kejohanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022. Peralatan pengesanan radiasi yang diuruskan Malaysia di bawah Loaner Pool akan digunakan semasa acara besar dunia ini. Ia boleh mengesan kehadiran bahan radioaktif yang mungkin adalah bom kotor atau racun yang diletakkan oleh pihak yang tidak ingin temasya berlangsung dengan lancar.
Sebelum ini alat pengesanan radiasi NSSC telah digunakan ketuka sambutan Hari Kebangsaan, Sukan Asia Tenggara (SEA), Sukan Para ASEAN dan Sukan Malaysia (SUKMA). Peranti biasanya dalam bentuk yang mudah dibawa dalam tangan oleh petugas.
[Sumber] Sumber – MOSTI [/sumber]