Cari @ Amanz

Meletakkan kesan bayang-bayang pada subjek bukanlah satu tugasan yang mudah. Di acara Adobe Sneaks kali ini, mereka telah pertontonkan kepada umum bagaimana caranya untuk meletakkan kesan bayang-bayang dengan hanya satu klik sahaja, menerusi projek Made In The Shade mereka.

Pertama sekali, adalah lebih baik jika subjek yang ingin diletakkan bayang-bayang itu berada dalam bentuk 3D. Setelah butang Made In Shade diaktifkan, bayang kepada subjek tersebut akan muncul dan membolehkannya bergerak seiring dengan pergerakan subjek.

Jika digerakkan kepada subjek yang lain juga untuk menjadikannya bayang yang bertindih, ia masih boleh menampakkan bayang-bayang tersebut kelihatan realistik. Malah, jika subjek yang sedia ada di gambar juga boleh dipisahkan dan diubah bersama bayang-bayangnya dengan mudah. Apa yang lebih mengujakan lagi, posisi pencahayaan untuk menentukan kedudukan bayang-bayang tersebut juga boleh dilaraskan mengikut kemahuan anda selain membuatkan bayang-bayang tersebut bergerak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd