Meta Akan Melakukan Pengesahan Fakta Dan Menapis Kandungan WhatsApp Serta Facebook Menjelang PRU 15

Diterbitkan pada Okt 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang diketahuI, hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah ditetapkan pada 19 November 2022. Selaras dengannya, Meta Malaysia kini mengambil beberapa langkah dan inisiatif tertentu dalam usaha menangani pelbagai kandungan tidak sepatunya di platformnya. Ini termasuklah memerangi penyebaran maklumat palsu, kata-kata berbaur kebencian dan peruntukan untuk mempertingkatkan literasi digital di Malaysia.

Melaluinya Meta bertindak proaktif mewujudkan pasukan serta teknologi khusus dalam mengekang peningkatan berita palsu. Ini termasuklah menapis keluar pelbagai kandungan berbaur negatif yang boleh mengganggu pengundian, misalnya seperti maklumat yang tidak betul mengenai tarikh pilihan raya atau nombor-nombor calon. Khususnya di platform utama mereka seperti Facebook dan Instagram.

Sekiranya terdapat pengguna yang masih boleh melihatnya, kandungan tersebut akan dilabelkan dan pautan yang sepatutnya akan disediakan untuk semakan lebih lanjut. Dalam proses ini, Meta turut bekerjasama dengan organisasi penyemak fakta bebas seperti Agence France-Presse (AFP) untuk mengesahkan setiap siaran yang dilaporkan. Dalam masa sama, Meta juga akan melancarkan peringatan tentang pengundian di Facebook yang turut menyediakan maklumat rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Tidak dinafikan, banyak kes melibatkan penyebaran berita palsu menerusi aplikasi WhatsApp turut berlaku. Dalam usaha mengekangnya, terdapat had yang dikenakan untuk mesej yang boleh dimajukan, di mana maksima lima kali sahaja dan terhad kepada satu kumpulan.

Selain daripada itu, Meta turut sama mempertingkatkan ketelusan bagi iklan politik di platformnya dengan pengesahan identiti dan lokasi sesebuah organisasi yang membayar iklan tersebut. Pada masa sama, pustaka iklan turut diwujudkan bagi membolehkan pengguna melihat iklan apa yang sedang disiarkan dan perbelanjaan untuknya.

Sebagai tambahan lain, program literasi digital dinamakan We Think Digital turut dilancarkan dalam usaha membolehkan pengguna berfikir secara kritis mengenai setiap kandungan yang ditemui di Internet. Program ini mendapat kerjasama daripada Teach for Malaysia (TFM) dan Universiti Malaya.

komen


© Amanz / 2022 Kami