Black Panther – Special Edition Vívofit Jr. 3 Kini Di Malaysia Pada Harga RM440

Diterbitkan pada Okt 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Black Panther – Special Edition Vívofit Jr. 3 kini ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Seperti namanya, ia merupakan seutas penjejak kesihatan edisi khas untuk kanak-kanak yang bertemakan watak adiwira Black Panther. Bagi yang berminat, ia dijual pada RM440 seutas menerusi kedai atas talian dan pengedar sah Garmin di seluruh Malaysia.

Penjejak kesihatan ini hadir dengan muka jam berbentuk segi empat dengan skrin berwarna, di samping tali sejenis silikon. Ia turut dimuatkan dengan pelbagai fungsi berguna untuk pemantauan yang menyeluruh terhadap kanak-kanak. Misalnya seperti widget ICE yang membolehkan kanak-kanak menghubungi ibu bapa masing-masing dengan pantas sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Turut disertakan adalah sensor kesihatan dan kecergasan terbina yang boleh memantau sejumlah perkara seperti kiraan langkah, pola waktu tidur dan aktiviti harian. Cabaran langkah dinamakan Toe-to-Toe pula menggalakkan kanak-kanak untuk kekal aktif bersama keluarga kerana turut boleh dipadankan dengan mana-mana peranti boleh pakai Garmin yang lain. Menariknya lagi, setiap senaman, tugasan serta kerja rumah yang disediakan adalah dalam bentuk permainan bertemakan watak adiwira itu sendiri.

Selain daripada itu, terdapat juga mod kanak-kanak terbina yang memberi akses terhad kepada mereka untuk pemantauan dan semakan tugas. Kesemua ciri dan fungsi ini dimuatkan dalam tubuh dengan diameter 14.11 x 14.11mm yang dilengkapi ketahanan bateri mencapai 1 tahun dan kalis air 5ATM.

komen


© Amanz / 2022 Kami