Carian
Tun Dr Mahathir Gesa SPR Haramkan Pengundi Membawa Telefon Pintar
October 20, 2022 Effi Saharudin

Pilihanraya ke-15 akan berlangsung pada 19 November hadapan dengan masa depan negara sekali lagi di tangan mereka yang layak mengundi. Selepas tarikh pembuangan undi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pagi tadi, Tun Dr Mahathir Muhammad menghantar ciapan ke Twitter yang menggesa SPR mengharamkan pengundi dari membawa telefon pintar ke pusat pembuangan undi.

Menurut beliau jika dibenarkan ia akan menggalakkan amalan rasuah kerana pengguna boleh menunjukkan bukti mereka telah mengundi calon tertentu untuk menerima wang sogokan parti tertentu. Ini menurut mantan Perdana Menteri dua kali ini adalah antara kelemahan yang perlu diperbaiki oleh SPR pada PRU akan datang.

Komen