DaVinci Resolve Akan Ke iPad Pada Penghujung Tahun Ini

Diterbitkan pada Okt 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semasa iPad baharu diumumkan beberapa hari yang lalu, tangkapan layar aplikasi suntingan video DaVinci Resolve diperlihatkan tanpa sebarang maklumat bilakah ia akan mula ditawarkan. Blackmagic Design yang membangunkan aplikasi telah mengesahkan aplikasi akan ke iPad menjelang penghujung 2022.

Kedua-dua aplikasi DaVinci Resolve versi percuma dan DaVinci Resolve Studio yang berbayar akan ditawarkan kepada pengguna iPad. Model iPad yang disokong belum diumumkan tetapi berkemungkinan hanya iPad Pro yang menggunakan cip M1 dan M2 sahaja pada waktu ini.

Aplikasi akan dibangunkan dengan sokongan skrin sesentuh dan Apple Pencil. Fail DaVinci Resolve versi desktop boleh digunakan dan disunting pada versi iPad kelak. Format fail yang disokong pula ialah H.264, H.265, Apple ProRes dan Blackmagic RAW.

komen


© Amanz / 2022 Kami