WhatsApp Beta Pada Windows Mula Menyokong Ciri Pintasan, Undi Dan Lihat Status Atas Talian

Diterbitkan pada Okt 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WhatsApp pada bulan Mac lalu mula membangunkan ciri bancian dan undian pada WhatsApp Group. Ciri ini kemudiannya dikatakan akan menjadi eksklusif kepada pengguna iOS terlebih dahulu, namun masih tidak kelihatan sehinggalah hari ini.

Terkini, WhatsApp Beta pada Windows sudah dikemaskini ke versi 2.2242.0.0 dan versi ini mula menawarkan beberapa ciri menarik iaitu kemampuan undi, pintasan dan juga melihat status di atas talian.

Ciri pintasan ini membolehkan pengguna menggunakan papan kekunci untuk melakukan akses pantas ke beberapa ciri seperti dengan menekan Ctrl + Shift + G akan membuka panel Gif, Ctrl + F untuk melakukan pencarian, Ctrl + N untuk memulakan sembang baru dan banyak lagi. Sebelum ini WhatsApp telah memperkenalkan Emoji Cepat, di mana masukkan “:” dan “kucing” akan mengeluarkan emoji.

Untuk melihat status di atas talian, ia ditambah pada bahagian Privasi di mana kini akan menyenaraikan Terakhir dilihar dan dalam talian. Tetapi tiada sebarang tetapan boleh dilakukan padanya. Untuk ciri undian, ia hanya boleh digunakan oleh sesetengah orang sahaja buat masa ini – tetapi jika menerima undian semua orang boleh melakukannya.

Dalam ujian saya sendiri, selepas kemaskini hanya pintasan dan privasi baharu sahaja kelihatan. Untuk ciri undian, ia hanya hadir pada WhatsApp Mod untuk Android buat masa ini dan turut boleh melakukan undian jika dihantar pada WhatsApp Group.

komen


© Amanz / 2022 Kami