Cari @ Amanz

Honor 70 5G di Malaysia sebelum ini ditawarkan dalam beberapa kemasan warna seperti Crystal Silver, Emerald Green dan Midnight Black. Sebagai pilihan, kini terdapat satu lagi warna baharu yang diberikan sekaligus menjadikan keseluruhannya mempunyai empat pilihan warna yang disediakan.

Dikenali sebagai Icelandic Frost, ia menampilkan kemasan berwarna cerun dengan campuran biru dan juga merah jambu. Melaluinya, ia mampu memberikan efek menarik dengan warna yang boleh berubah mengikut sudut pandangan tertentu. Kita juga boleh menjangkakan tiada perubahan yang akan dilakukan pada perkakasan dalaman, sebaliknya masih sama seperti model yang lancarkan sebelum ini.

Bersempena dengan pengenalannya, Honor turut bekerjasama dengan Touch ‘n Go dalam menawarkan kad dengan sokongan NFC edisi khas. Difahamkan, kad tersebut akan dilengkapi kemasan warna yang sepadan dengan Honor 70 Icelandic Frost. Namun apa yang menjadi tanda-tanya adalah masih tidak diketahui sama ada ketersediaan kad ini akan didatangkan sekali dengan pembelian peranti atau sebaliknya.

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasminya pada 25 Oktober 2022 untuk ketahui lanjut mengenai peranti pintar dan kad edisi khas ini, termasuklah mengenai ketersediaan dan harga jualannya di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd