Oppo Reno8 Pro House of the Dragon Limited Edition Dilancarkan Dengan Telur Naga Emas

Diterbitkan pada Okt 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo Reno8 Pro House of the Dragon Limited Edition telah dilancarkan di India dengan ia mempunyai elemen rekaan dari siri TV HBO yang sedang ditayangkan sekarang. Peranti hadir hanya dalam warna hitam dengan aksesori kerangka kulit juga berwarna hitam dihiasi simbol naga House Targaryen berwarna emas.

Meneruskan tema naga, pin mengeluarkan SIM, klip pemegang peranti di bahagian belakang, dan buah kunci juga mempunyai rekaan naga. Bagi peminat HotD tegar, sebutir telur naga mini berwarna emas juga diberikan seperti anda seorang anak keturunan Targaryen sebenar.

Tiada perubahan dari segi spesifikasi dilakukan. Ia masih lagi dilengkapi skrin 6.7-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz dan HDR 10+. Cip MediaTek Dimensity 8100-Max, bateri 4500mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 80W.

Sistem tri-kamera di belakang terdiri dengan 50MP (Sony IMX766) + 8MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 32MP (Sony IMX709). Menariknya, ia turut menyokong cip MariSilicon X yang sebelum ini digunakan pada peranti mercu Oppo Find X5 Pro untuk sistem pengimejan lebih baik.

komen


© Amanz / 2022 Kami