Carian
Mavcom Akan Mengawal Tambang Tiket Kapal Terbang Untuk Rakyat Pulang Mengundi
October 21, 2022 Effi Saharudin

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) akan mengawal tambang tiket kapal terbang untuk rakyat pulang mengundi menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong semalam. Tindakan ini diambil selepas muncul rungutan di media sosial apabila tambang tiket ke destinasi seluruh negara meningkat sehingga 100% sejurus selepas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan tarikh mengundi PRU 15 jatuh pada 19 November 2022.

Tambang meningkat mendadak kerana mekanisme harga dinamik yang digunakan oleh syarikat penerbangan sejurus selepas melihat permintaan yang meningkat pada tarikh tertentu. Mavcom akan mengambil tindakan ke atas syarikat penerbang yang didapati meningkatkan tambang secara melampau.

Tiket turut melambung semasa PRU 14 empat tahun lalu dengan beberapa syarikat penerbangan tempatan mengambil tindakan menetapkan harga siling untuk beberapa destinasi seperti ke Sabah dan Sarawak.

[Sumber] Sumber – Bernama [/sumber]

Komen