Carian
IQOO Neo7 Diperkenalkan Dengan Dimensity 9000+ Dan Pengecasan Pantas 120W
October 21, 2022 Amy Maizuraa

IQOO Neo7 telah diperkenalkan secara rasminya di China dengan spesifikasi berkelas mercu. Antara ciri utama yang diketangahkan pada peranti pintar ini termasuklah cip MediaTek Dimensity 9000+, skrin 120Hz dan kamera 50MP (OIS).

Untuk lebih khusus, skrin adalah sebesar 6.78-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Panel ini juga menyokong beberapa ciri tambahan lain seperti gamut warna DCI-P3, pensijilan HDR 10+ dan kecerahan mencapai 1500 nits. Turut disertakan adalah cip paparan khusus yang dinaiktaraf untuk kualiti visual lebih baik.

Ia juga dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 9000+, memori sehingga 12GB RAM, storan mencapai 256GB dan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W. Kemudian, terdapat juga penderia suhu pintar dengan 9 sensor terbina bagi memantau suhu dalam masa nyata untuk penggunaan peranti lebih baik.

Tetapan kamera utama adalah 50MP (OIS) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro), di samping kamera swafoto 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah port USB-C, bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari pada skrin dan NFC. Untuk harga, peranti pintar ini dijual bermula RMB2699 (~RM1765) (8GB/128GB), RMB2999 (~RM1,961) (8GB/256GB) dan RMB3299 (~RM2,158) (12GB/256GB).

Komen