Facebook Menambah Ciri Reels Pada Facebook Groups

Diterbitkan pada Okt 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Facebook, hari ini memperluaskan sokongan video pendek menegak, atau turut dikenali sebagai Reels ke Facebook Groups.

Dengan langkah ini, pengguna dalam sesuatu kumpulan Facebook Groups boleh berkongsi Reels masing-masing, sekaligus mengetengahkan sesuatu perkongsian itu dalam bentuk visual yang lebih mudah difahami.

Ini juga sebahagian daripada langkah Facebook dalam memfokuskan kepada perkongsian Reels, meliputi pelbagai bahagian pada platform mereka.

Disamping ciri ini, Facebook juga sedang dalam proses memperkenalkan sokongan profil untuk Facebook Groups yang boleh diubah paparan About Me, serta beberapa ciri tambahan lain.

Fungsi baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan dijangka diterima semua tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami