Carian
Ubuntu 22.10 Kini Sedia Untuk Dimuat-Turun
October 21, 2022 Aman

Pihak pembangun Ubuntu kini telah mengeluarkan versi terbaru sistem operasi mereka, iaitu Ubuntu 22.10. Versi ini dikenali dengan nama kod Kinetic Kudu.

Versi yang diperkenalkan pada bulan Oktober adalah versi sokongan jangka masa pendek, dimana Ubuntu 22.10 ini akan disokong sehingga Julai 2023 kelak.

Melalui Ubuntu 22.10, ia mengemaskini sejumlah penawaran, termasuk menyertakan GNOME 43, dilengkapi kernel Linux 5.19, serta menyertakan penambah-baikkan prestasi kepada pengguna komputer dengan cip Intel.

Bagi anda yang meminati sistem operasi sumber terbuka, boleh mencuba dan memuat-turun Ubuntu 22.10 hari ini.

Komen