Cari @ Amanz

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah pun mengumumkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan pada 19 November 2022 kelak. Selari dengannya, kini SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) mengingatkan pengguna supaya menjaga kesopanan dan tatasusila ketika beri pandangan berkenaan dengan pilihanraya melalui media sosial.

SKMM turut meminta orang ramai supaya turut bertolak ansur dan menjaga tatasusila ketika beri pandangan dan membuat sebarang ulasan melalui media sosial.

Pada masa yang sama, SKMM turut mengingatkan supaya tidak membuat penyebaran maklumat tidak sahih, serta kenyataan bersifat jelik. Sebarang perkongsian kandungan seumpamanya – iaitu bersifat palsu, jelik dan mengancam merupakan  sebuah kesalahan, dan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun, atau kedua-duanya sekali.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd