Samsung Galaxy A04e Hadir Dengan Kamera 13MP Dan Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada Okt 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung kini hadir dengan sebuah lagi peranti pintar baharu di bawah siri A. Melaluinya, Samsung Galaxy A04e diumumkan dengan rekaan panel hadapan bertakuk kecil dan sistem dwi-kamera di belakang.

Untuk spesifikasi, ia dilengkapi skrin LCD sebesar 6.5-inci beresolusi HD+. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip pemprosesan lapan teras, memori 3/4GB RAM dan storan dalaman 32/64/128GB. Tiada maklumat mengenai cip yang didedahkan tetapi ia dikhabarkan dijana dengan MediaTek Helio G35.

Turut disertakan adalah kamera utama 13MP (utama) + 2MP (kedalaman), kamera swafoto 5MP dan bateri 5000mAh. Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan OneUI Core 4.1 berasaskan Android 12, sokongan Samsung Knox dan bluetooth 5.0.

Buat masa ini, ia sekadar disenaraikan dan tiada sebarang maklumat berkaitan harga yang ditemui.

komen


© Amanz / 2022 Kami