Cari @ Amanz

Ericsson merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam membangunkan infrastruktur 5G di Malaysia. Mengikut kajian dan sasaran terbaru Ericsson, ia dianggar sekitar 4 juta pengguna Malaysia mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan 5G menjelang 2023.

Ericsson menyatakan ketersediaan pengguna Malaysia terhadap rangkaian 5G adalah sangat tinggi. Sekitar 43% pengguna menyasarkan untuk melanggan 5G menjelang 2023 kelak, dan 23% daripadanya sedia mempunyai peranti sedia 5G.

Ramai pengguna menantikan untuk menggunakan rangkaian 5G kerana inginkan rangkaian berkualiti tinggi dan pantas.

Buat masa ini, di Malaysia, hanya Yes menawarkan rangkaian 5G kepada pengguna akhir. Terbaru, Telekom Malaysia turut telah mengacah bakal memperkenalkan rangkaian 5G, tetapi tiada sebarang tarikh pengenalan diberikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd