IQOO TWS Air Dilancarkan Dengan Ketahanan Bateri 25 Jam

Diterbitkan pada Okt 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

IQOO kini hadir dengan set fon telinga nirwayar tersendiri dalam usaha memperluaskan lagi port folionya. Melaluinya, IQOO TWS Air diperkenalkan dengan rekaan jenis terbuka dan bertangkai panjang. Turut disertakan adalah pod pengecasan bujur dengan gabungan warna hitam dan kuning.

Selain itu, sepasang pemandu audio bersaiz 12.4mm serta dwi-mikrofon terbina digunakan. Tiada sokongan untuk pembatalan aktif terbina disediakan, sebaliknya ia menggunakan algoritma pengurangan hingar berasaskan AI bagi menapis bunyi latar belakang untuk audio yang jelas.

Tambatan pantas boleh dibuat menggunakan bluetooth 5.2, dalam masa sama ia turut menyokong mod latensi masa pendam 94ms dan ciri Monster Sound untuk pengalaman permua lebih baik. Ia juga boleh dibawa bersenam kerana dilengkapi penarafan kalis air IPX4.

Kapasiti bateri tidak dinyatakan tetapi ia boleh bertahan mencapai 25 jam dengan bantuan pod pengecas. Ia kemudiannya berkurang sekitar 4.8 jam dengan fon telinga itu sendiri. Di China, fon telinga ini dijual pada RMB199 (~RM130).

komen


© Amanz / 2022 Kami