Oppo sedia hadir dengan peranti boleh-lipat tersendiri menerusi pengenalan Find N sekitar tahun lalu. Ia menggunakan rekaan seumpama sebuah Galaxy Fold dengan paparan yang boleh dilipat kedalam bersama skrin sekunder di bahagian luar.
Mengulas lanjut, kini timbul desas-desus baharu mengenai kewujudan model pembaharuanya. Mungkin dikenali sebagai Oppo Find N2, peranti dikhabarkan hadir dengan kemasan berasaskan kulit pada panel belakang dengan pilihan warna seperti hitam, putih dan hijau.
Selain daripada itu, ia dijangka menawarkan skrin menyeluruh bersaiz 7.1-inci sejenis AMOLED LTPO, dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1 dan kapasiti bateri 4,520mAh. Turut disertakan adalah sistem pengimbas cap jari sisi yang juga berfungsi sebagai butang kuasa dan menjalankan ColorOS 13 berasaskan Android 13.
Turut difahamkan, peranti kini sudah dalam persediaan untuk pengeluaran, justeru kita boleh menyasarkan pelancaran untuknya boleh berlaku dalam masa terdekat. Seperti biasa, sama-sama nantikan perkembangan lebih lanjut mengenai perkara ini.