Semua harga barang naik disebabkan keadaan ekonomi yang kurang memuaskan. Nothing Ear (1) dan iPad Mini adalah dua produk yang harganya dinaikkan minggu ini. Tetapi kini harga langganan YouTube Premium pula dinaikkan di beberapa negara bermula hari ini.
Hanya harga langganan YouTube Premium Family di Amerika Syarikat misalnya meningkat ke $22.99 berbanding $17.99 sebelum ini. Harga langganan peribadi masih dikekalkan. Tetapi di negara seperti Turki pula harga langgan Individual sahaja dinaikkan. Kesemua harga baharu ini akan berkuatkuasa bermula 21 November 2022.
Peningkatan harga yang dikenakan adalah mendadak di kesemua pasaran. Di Malaysia harga masih lagi dikekalkan buat masa ini