MyCC Minta Shopee Jawab Masalah Kemerosotan Kualiti Perkhidmatan – Sebelum Penghujung Oktober
Aman
Akhir-akhir ini, aduan berkaitan khidmat Shopee semakin meningkat – termasuk melibatkan platform, mahupun logistik. Salah satu aduan yang kita sering terima berkaitan dengan Shopee adalah penghantaran barangan yang mengambil masa sangat lama, terutamanya apabila penjual menggunakan khidmat Shopee Xpress.
Menyedari angka aduan semakin meningkat, kini pihak MyCC menyatakan telah berhubung dengan Shopee Malaysia dan membincangkan dalam lebih memahami platform Shopee, serta industri logistik.
MyCC menekankan mereka mengalu-alukan pelbagai inovasi, tetapi menekankan pada masa yang sama para pemain industri perlu tidak membawa kepada sebarang kesan negatif kepada pengguna mahupun penjual.
Disebabkan itu, kini Shopee diminta memberikan MyCC sebab dan info penuh berkaitan bagaimana Shopee akan mengatasi aduan pengguna, termasuk proses untuk mengatasinya MyCC menetapkan supaya Shopee memaklumkan kembali sebelum Oktober 2022.
Selain Shopee, MyCC menyatakan mereka turut akan meneruskan usaha dalam terus memantau pelbagai pemain industri pada pasaran sama. Dengan perkembangan arena ekonomi digital, MyCC turut berharap semua pihak memainkan peranan bersama dalam memastikan pengguna sesuatu platform terjaga.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.