iQoo Malaysia Mula Membuka Kedai Shopee Dan Lazada – Pencabar Telefon Gaming Baharu?

Diterbitkan pada Okt 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

iQoo adalah sub jenama Vivo yang pada awalnya memfokuskan telefon pintar gaming. Tetapi semakin lama, mereka mula hadir dengan pelbagai variasi peranti daripada kelas pertengahan, kelas pertengahan premium atau juga kelas mercu.

iQoo sehingga hari ini masih belum dilancarkan di Malaysia secara rasmi lagi. Tetapi mereka permah mengacah kehadiran jenama ini untuk pasaran tempatan sejak Jun 2021 lagi dengan membuka laman Facebook rasmi. Mereka turut pernah mengacah kehadiran iQoo Neo 5, namun tiada lagi berita mengenai jenama ini di Malaysia selepas itu.

7 Oktober lalu, iQoo Malaysia telah mengemaskini lama Facebook rasmi mereka dan hari ini mereka turut menambah imej baharu mengacah kehadiran peranti gaming baharu. Di samping itu, laman Shopee dan Lazada rasmi turut telah dilancarkan. Di Lazada tiada sebarang informasi didedahkan, tetapi di Shopee mereka menyatakan jenama ini akan tiba tidak lama lagi. Mungkin Oktober, November atau Disember.

Masih tidak pasti peranti apa yang akan dilancarkan. Di Shopee, mereka meletakkan gambar iQoo Neo5. Tetapi itu adalah peranti lama. Peranti mercu mereka yang terbaru adalah siri iQoo 10, dan yang baru dilancarkan hari ini adalah iQoo Neo7 dan iQoo TWS Air – mungkin ini peranti yang akan kita terima? Sama-sama kita nantikan.

komen


© Amanz / 2022 Kami