Huawei Mate 50 Pro Dikemaskini Dengan Ciri Nyahkunci Wajah Walaupun Berpelitup Muka

Diterbitkan pada Okt 21, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei Mate 50 Pro diberikan kemas kini di China yang membawakan ciri menyahkunci peranti menerusi sistem imbasan wajah walaupun pengguna memakai pelitup muka. Ini menjadikan Mate 50 Pro satu-satunya peranti Android dengan ciri yang setanding dengan yang turut disokong pada iPhone.

Sistem imbasan wajah Mate 50 Pro hadir dengan sensor 3D yang memetakan wajah pengguna. Peranti ini akan dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat dengan imej acah telahpun dikongsi oleh Huawei Malaysia. Kami turut telah mendapat akses awal dengan ulasannya boleh dibaca menerusi pautan ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami