Pratempahan untuk peranti Huawei Mate 50 dan Mate 50 Pro kini dibuka di Malaysia selepas peranti diacah sejak seminggu lalu. Agak menarik pratempahan boleh dilakukan dengan hanya meletakkan deposit RM1. Bagi mereka yang berminat, pratempahan dibuka hari ini sehingga 2 November 2022. Tarikh pelancaran rasmi walau bagaimanapun masih lagi dirahsiakan pada waktu ini.

Mereka yang melalukan pratempahan kemudian berpeluang menerima hadiah percuma dalam bentuk Huawei Mate 50, Huawei FreeBuds 4i, dan Huawei Band 6. Hadiah akan ditawarkan setiap bermula hari ini sehingga 3 November dengan nilai keseluruhan mencecah RM15,000 Sekiranya anda berminat melakukan pratempahan, sila pergi ke pautan rasmi di bawah.