Kementerian Kesihatan Malaysia kini melancarkan Talian Krisis Kesihatan Mental Kebangsaan, atau turut dinamakan sebagai Talian HEAL (Help with Empathy and Love) dengan nombor talian 15555. Talian ini mula beroperasi dari hari ini, dalam membantu para individu yang menghadapi masalah kesihatan mental dalam mendapatkan bantuan awal.
Operator talian berkenaan dikatakan telah dilatih dengan baik dalam membantu para pemanggil.
Buat masa ini, talian ini beroperasi dari 8 pagi hingga 12 tengah malam pada setiap hari, termasuk pada hari cuti.
Sesiapa yang perlukan sokongan emosi – termasuk kesedihan, cemas, kemurungan atau sebarang pemikiran negatif, boleh melakukan panggilan ke talian 15555 bermula hari ini.
- Sumber : Bernama