Kenderaan Rasmi Piala Dunia Qatar 2022 Menggunakan Kuasa Elektrik Sepenuhnya

Diterbitkan pada Okt 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Piala Dunia 2022 akan berlangsung di Qatar bulan hadapan. Temasya sukan empat tahun sekali buat julang kalinya hadir ke Timur Tengah dengan ia juga kali pertama berlangsung pada hujung tahun. Untuk menjadikan temasya kali ini paling mesra alam, penganjur akan menggunakan kenderaan elektrik untuk membawa atlet, jurulatih, kakitangan dan juga tetamu.

Kenderaan elektrik dan hibrid keluaran Hyundai akan digunakan kerana mereka adalah penaja rasmi. Antara kenderaan elektrik yang digunakan ialah Genesis GV70 EV, Genesis G80 EV, Hyundai IONIQ 5 dan bas Elec City. Kenderaan hibrid yang digunakan pula ialah Sonata, Tucson, dan Kona. Secara keseluruhan 236 kenderaan elektrik dan hibrid Hyundai akan digunakan.

komen


© Amanz / 2022 Kami