Generated Humans Menawarkan 100,000 Model Maya Yang Boleh Digunakan Percuma

Diterbitkan pada Okt 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Antara cabaran perniagaan ialah mencari model yang boleh memperagakan produk. Bagi perniagaan yang baru ingin bertapak, kos mencari model dan juru foto profesional mungkin agak tinggi. Oleh itu firma Generated Photos melancarkan projek Generated Humans yang menawarkan 100,000 model maya secara percuma.

Kesemua model tidak wujud kerana imej dijana menggunakan kecerdasan buatan. Mereka ditawarkan dalam pelbagai warna kulit, bangsa, jantina, posisi, gaya dan juga usia. Ini adalah sebahagian usaha Generated Photos untuk menjana minat pengguna untuk melanggan kepada perkhidmatan model maya mereka yang berbayar.

Jika anda ingin melihat sendiri model-model Generated Humans sila ke laman rasmi mereka hari ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami