Rekaan Boeing B-52H Dengan Lapan Enjin Baharu Diperlihatkan

Diterbitkan pada Okt 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Boeing B-52 melakukan penerbangan pertama pada tahun 1952 dan beroperasi sebagai pesawat pengebom strategik nuklear Amerika Syarikat sejak 1955. Selepas perang dingin berakhir, ia kemudiannya diubahsuai menjadi pesawat pengebom taktikal di Afghanistan dengan terdapat perancangan menjadikannya platform pelancaran armada peluru berpandu. Selepas beroperasi selama 70 tahun, Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) ingin memanjangkan operasi pesawat veteran ini ke 2052.

Tahun lalu Roll Royce memenangi kontrak untuk membekalkan enjin Rolls Royce F-130 bagi menggantikan enjin Pratt & Whitney TF33-P-3 yang digunakan sekarang. Dengan enjin telah dipilih, rekaan pesawat B-52H dengan lapan enjin yang lebih besar telah dikongsi buat pertama kali. Dengan rekaan lebih moden, pesawat akan mengurangkan penggunaan bahan api sehingga 50% disamping memerlukan tempoh lebih lama sebelum perlu diselenggara.

komen


© Amanz / 2022 Kami