Elon Musk Dilaporkan Ingin Selesai Ambil-Alih Twitter Sebelum Tarikh Yang Ditetapkan Mahkamah

Diterbitkan pada Okt 22, 2022. oleh .

Ia kini dilaporkan pihak Twitter dan Elon Musk kini sedang berusaha keras dalam memastikan pengambil-alihan Twitter oleh Elon Musk dapat diselesaikan sebelum tarikh ditetapkan mahkamah, iaitu 28 Oktober 2022 kelak.

Sebelum ini, Elon Musk telah menyatakan hasrat mengambil-alih Twitter – tetapi selepas itu menarik balik perkara tersebut, mengatakan Twitter menipu dari angka pengguna aktif yang dilaporkan, serta menyatakan ia mempunyai angka pengguna bot yang tinggi.

Pihak Twitter menidakkan perkara tersebut, dan memfailkan saman ke atas Elon Musk.

Lanjutan daripadanya, baru-baru ini, tiba-tiba Elon Musk menyatakan ingin menyelesaikan pengambil-alihan Twitter kembali.

Mengikut laporan, kini kedua-dua pihak dalam usaha perbincangan untuk menyelesaikan transaksi pembelian – berbanding memfokuskan kepada kes saman sebelum ini.

Ia tidak diketahui sama ada proses pengambil-alihan ini akan berjalan lancar atau sebaliknya. Terdapat laporan yang turut hadir, mengatakan Elon Musk mungkin menghentikan sehingga 75% pekerja Twitter selepas mengambil-alihnya.

komen


© Amanz / 2023 Kami