Apple Dijangka Menawarkan Mac Pro Dengan Pilihan Sehingga 48-Teras CPU, 152 Teras GPU

Diterbitkan pada Okt 23, 2022. oleh .

Apple kini dilihat sedang memperluaskan ujian komputer berkuasa tinggi mereka, iaitu Mac Pro. Mengikut perkongsian Bloomberg terbaru, Apple sedia menguji Mac Pro dengan penawaran cip berkuasa tinggi – sekurang-kurangnya empat kali ganda berkuasal daripada cip Apple M2 Max.

Cip yang akan menjana Mac Pro ini dijangka akan dikenali sebagai M2 Ultra atau M2 Extreme.

Dari segi penawaran spesifikasi, ia diperkatakan Apple mungkin menyertakan pilihan sehingga 24 teras CPU atau 48 teras CPU. Ia juga akan dilengkapkan dengan piliha 76 teras GPU atau 152 teras GPU.

Melengkapkan ia juga adalah pilihan memori sehingga 256GB RAM.

Dengan penawaran ini, ia akan menjadi komputer akan datang daripada Apple ini sangat berkuasa tinggi – sekaligus membolehkan menjalankan pelbagai tugasan yang memerlukan pengoperasian tinggi dengan pantas.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya tidak diketahui lagi – tetapi ia mungkin hanya hadir pada 2023 kelak.

komen


© Amanz / 2023 Kami