Nokia X30 5G Rasmi Untuk Malaysia Pada Harga RM2099

Diterbitkan pada Okt 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nokia Mobile Malaysia kini telah mula menyenaraikan penawaran telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu Nokia X30 5G. Seperti pada namanya, ia hadir dilengkapi dengan sokongan rangkaian 5G.

Peranti ini hadir dengan skrin bersaiz 6.43-inci OLED FHD+, menawarkan kadar segar semula 90Hz, dan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 695. Nokia X30 5G turut menyertakan pengimbas cap jari disebalik skrin.

Untuk rakaman gambar, ia turut hadir dengan kamera belakang utama 50-megapixel dilengkapi teknologi Nokia PureView. Hanya dua kamera pada bahagian belakang, dimana ia turut dilengkapkan dengan sensor 13-megapixel.

Untuk rakaman swafoto pula, ia menyertakan sensor kamera 16-megapixel dihadapan. Telefon ini dilengkapi bateri 4200mAh, dan menyertakan sokongan pengecasan 33W.

Di Malaysia, Nokia telah menyenaraikan peranti ini pada harga RM2099 di Shopee dan juga Lazada. Untuk mereka yang pra-tempah sehingga 31 Oktober kelak, turut akan menerima Nokia Comfort Earbuds dan juga pelindung luar Nokia X30 5G secara percuma.

komen


© Amanz / 2022 Kami