Pelajar Dilihat Menjual Peranti Siswa Yang Diterima

Diterbitkan pada Okt 24, 2022. oleh .

Kerajaan telah pun menawarkan Peranti Siswa yang terdiri daripada Galaxy Tab A8 bersama-sama set papan kekunci dan juga stylus kepada pelajar daripada golongan B40 – dalam usaha membantu mereka belajar dan melakukan kajian ketika era digital kini.

Apa pun, kini dilihat beberapa pelajar menyalah gunakan penerimaan, dan memilih untuk menjual tablet yang diterima. Carian kasar pada laman seperti Carousell, dan Mudah memperlihatkan beberapa penyenaraian tablet Galaxy Tab A8 dengan koleksi papan kekunci dan juga stylus bersama.

Sebelum ini, kerajaan menyasarkan untuk memberinya dalam bentuk pinjaman seperti buku teks dalam mengekang perkara ini, tetapi mengubah perkara tersebut setelah dicadangkan untuk diberi terus oleh beberapa pihak.

Namun, kini nampaknya masalah seperti yang dijangka awal telah pun hadir memperlihatkan pelajar yang menerimanya menjual kembali.

Bagi orang ramai, sekiranya anda ingin mendapatkan tablet Galaxy Tab A8 daripada laman jualan terpakai, mungkin boleh menyemak ia terlebih dahulu sama ada ia merupakan model versi Peranti Siswa atau sebaliknya dengan melihat pada skrin permulaan tablet tersebut apabila ia dimulakan.

komen


© Amanz / 2023 Kami