Etiqa Kini Menawarkan Insurans Untuk Pengecas Kereta Elektrik Di Rumah

Diterbitkan pada Okt 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Etiqa kini menambah penawaran insurans di bawah mereka, dan telah memperkenalkan buat pertama kalinya, insurans dan takaful untuk pengecas kereta elektrik di rumah.

Insurans untuk pengecas kereta elektrik ini turut meliputi kemalangan berbentuk kebakaran, dicuri, perlindungan disebabkan kilat, dan juga disebabkan oleh letupan, atau rosak disebabkan oleh air, banjir, dan gempa bumi.

Perlindungan baharu ini ditawarkan kepada pemilik kenderaan elektrik yang memasang pengecas di rumah, disamping turut ditawarkan secara tambahan percuma bagi pemilik polisi kenderaan Etiqa. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman rasmi Etiqa berkenaan penawaran terbaru ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami