Google hari ini mengumumkan kemaskini pada perkhidmatan YouTube, sekaligus membawa beberapa perubahan pada rekaan antaramuka dan penggunaan platform video tersebut.
Perubahan pertama adalah pada bahagian paparan pemain video – dimana ia menyertakan pewarnaan dinamik pada latar dalam menjadi pengalaman tontonan lebih baik. YouTube mengatakan ini memberikan pengalaman seumpama menonton televisyen di rumah yang membawa kepada rembesan cahaya pada persekitaran ruangan tamu.
Disamping itu, kini YouTube akan memaparkan pelbagai pautan pada bahagian penerangan video dalam bentuk butang. Pelbagai paparan butang juga kini diposisikan dalam keadaan kurang menganggu berbanding sebelum ini.
Dan akhir sekali, salah satu ciri yang disukai dan dinantikan ramai kini diperkenalkan – iaitu kebolehan zum pada video ketika menonton. Ciri ini akan hadir ke Android dan iOS terlebih dahulu tidak lama lagi.
Ciri-ciri ini akan dipekenalkan secara berperingkat di YouTube dalam minggu-minggu akan datang.