OnePlus Nord N300 Kini Rasmi – Rekaan Dan Spesifikasi Sama Seperti Oppo A77 5G

Diterbitkan pada Okt 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

OnePlus kini memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar dibawah siri Nord mereka, iaitu OnePlus Nord N300.

Telefon pintar ini hadir dengan sokongan rangkaian 5G, dan memfokuskan kepada penawaran bateri 5000mAh. Ia tidak diketahui sama ada telefon ini akan dijual di Malaysia atau sebaliknya – tetapi bagi anda yang inginkannya, boleh mendapatkan Oppo A77 5G yang menawarkan ciri dan rekaan sama pada harga RM1199 di Malaysia.

Dari segi spesifikasi, OnePlus Nord N300 hadir dengan skrin 6.56-inci IPS LCD, dijana cip MediaTek Dimensity 810 5G, memori 4GB RAM, dan storan 64GB.

Telefon ini turut hadir dengan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 48MP dan juga sensor kedalaman 2MP, selain kamera swafoto 8MP. Pada bahagian bateri pula, bateri 5000mAh boleh dicas pantas dengan kelajuan 33W.

Membezakan ia dengan Oppo A77 5G adalah pada bahagian perisian, dimana Nord N300 dijana Oxygen OS berasaskan Android 13.

Untuk makluman, Oppo A77 5G telah ditawarkan di Malaysia sejak Jun 2022 lepas, dan OnePlus yang kini dibawah Oppo dilihat mengitar semula rekaan dan spesifikasi untuk penawaran di beberapa buah negara lain.

komen


© Amanz / 2022 Kami