Harga Langganan Apple Music Kini Meningkat – RM16.90 Sebulan

Diterbitkan pada Okt 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple hari ini meningkatkan harga langganan untuk beberapa perkhidmatan mereka, bermula daripada Apple Music.

Perkhidmatan yang sebelum ini ditawarkan pada harga langganan RM14.90 sebulan, kini ditingkatkan menjadi RM16.90 sebulan.

Perubahan harga ini bukan disebabkan oleh kejatuhan matawang Ringgit kebelakangan ini – tetapi peningkatan harga dilakukan untuk pengguna seluruh dunia. Apple mengatakan peningkatan harga ini adalah disebabkan oleh kos pelesenan muzik yang semakin meningkat – dan ini juga membolehkan para artis menjana lebih pendapatan.

Apple Music untuk pelajar pula ditawarkan pada harga RM8.90 – yang telah ditingkatkan beberapa bulan lepas. Untuk Apple Music Family, ia ditawarkan pada harga RM25.90 (berbanding RM22.90 sebelum ini).

komen


© Amanz / 2022 Kami