Apple Kini Mula Menawarkan Kemaskini macOS Ventura Kepada Pengguna Komputer Mac

Diterbitkan pada Okt 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple hari ini telah mula menawarkan kemaskini sistem operasi terbaru macOS, iaitu macOS Ventura. Ia menawarkan sejumlah ciri-ciri baharu, termasuk kemaskini sekuriti bersama dengannya.

Antara ciri-ciri baharu yang disertakan oleh macOS Ventura ini adalah kebolehan menggunakan iPhone sebagai webcam pada Mac anda, memindahkan panggilan FaceTime dari iPhone ke Mac, serta integrasi lebih menyeluruh berbanding iPhone dan Mac.

Disamping itu, Apple juga menyertakan kemaskini pada Mail, Safari dan Photos – termasuk kebolehan menyunting Messages.

Satu lagi ciri baharu yang disertakan adalah Stage Manager – memudahkan anda untuk menguruskan pelbagai tetingkap dan aplikasi yang sedang berjalan, serta bertukar-tukar ruangan kerja.

Bagi anda yang menggunakan Mac, boleh ke halaman kemaskini perisian, dan memulakan proses kemaskini anda hari ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami