Apple Kini Membolehkan Anda Guna Apple Fitness+ Tanpa Apple Watch

Diterbitkan pada Okt 25, 2022. oleh .

Apple hari ini telah memperkenalkan kemaskini iOS 16.1 yang menyertakan sejumlah perkara baharu kepada pengguna iPhone 8 dan yang terkini.

Salah satu ciri baharu yang disertakan adalah kebolehan menggunakan ciri langganan kandungan kecergasan, iaitu Apple Fitness+, tanpa perlu mempunyai Apple Watch terlebih dahulu.

Sebelum ini, ia menggunakan Apple Watch dalam memantau gerakan – tetapi kemaskini baharu ini membolehkan anda melanggan dan mengakses Apple Fitness+ tanpa perlu mempunyai jam tangan pintar tersebut.

Apa pun, sebelum dapat menggunakannya, anda perlu mempunyai langganan Apple Fitness+ atau pun Apple One Premier – sebelum dapat mengakses kandungan kecergasan tersebut. Apple Fitness+ ditawarkan pada harga RM19.90 sebulan di Malaysia.

komen


© Amanz / 2023 Kami