Interpol Melancarkan Metamesta Sendiri Untuk Melakukan Latihan Atas Talian

Diterbitkan pada Okt 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Meta percaya bahawa dalam masa terdekat dunia metamesta akan menjadi pengganti kepada internet yang kita gunakan sekarang. Lebih $10 bilion telah dibelanjakan Meta untuk merealisasikan impian Mark Zuckerberg. Tetapi menarik sekali selain Meta, Interpol juga mempunyai platform metamesta mereka yang tersendiri.

Platform Interpol Metaverse telah dilancarkan minggu lalu dengan pengguna boleh melawat ibu pejabat mereka dalam versi maya. Pelawat kemudian boleh menghadiri program latihan, menghadiri mesyuarat, seminar dan melakukan latihan kesemua secara maya. Dunia metamesta ini dijalankan sepenuhnya dalam INTERPOL Secure Cloud bagi memastikan keselamatannya serta memastikan mereka sentiasa neutral kerana tidak menggunakan platform organisasi lain.

Menurut Interpol penjenayah sudahpun menggunakan dunia metamesta untuk melakukan aktiviti mereka. Bagi memastikan keselamatan pengguna di masa hadapan Interpol Metaverse dilancarkan supaya pasukan keselamatan mengetahui cabaran undang-undang dalam dunia maya.

komen


© Amanz / 2022 Kami