Carian
Data 2.6 Juta Pengguna Carousell Dijual Di Pasaran Gelap
October 25, 2022 Effi Saharudin

Lagi kes kerentanan sekuriti menyebabkan data pengguna tertiris ke arena web minggu ini. Data 2.6 juta pengguna laman edagang Carousell telah dijual di pasaran web gelap pada harga $1000. Penggodam berjaya mencuri data dalam bentuk nama akaun, emel, nombor telefon, negara pengguna, tarikh akaun dibuka dan jumlah pengguna adalah antara yang terkesan. Hanya data pengguna di Singapura sahaja tertiris setakat ini.

Carousell mengesahkan kesahihan data dengan mengatakan sistem mereka telah diakses semasa sedang melakukan proses migrasi beberapa minggu yang lalu. Mereka walau bagaimanapun mengatakan hanya 1.9 juta pengguna terkesan dan buka 2.6 juta. Pengguna yang terkesan telah dihubungi Carousell degan kerentanan pada sistem telah ditampal.

Komen