Google Chrome Akan Tamatkan Sokongan Untuk Windows 7 Dan Windows 8.1 Pada Februari 2023

Diterbitkan pada Okt 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google kini mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan untuk pelayar web Chrome pada Windows versi Windows 7 dan Windows 8.1 pada tahun hadapan.

Mengikut jadual yang ditetapkan, Chrome 110 akan menamatkan sokongan untuk kedua-dua versi sistem operasi tersebut. Ia dijadualkan untuk diperkenalkan pada 7 Februari 2023 kelak.

Penamatan sokongan ini adalah selari dengan jadual Microsoft yang menamatkan sokongan untuk kedua-dua sistem operasi tersebut pada Januari 2023.

Google mengatakan versi Chrome lama masih boleh kekal digunakan – tetapi tiada sebarang kemaskini sekuriti dan ciri akan ditawarkan kepada pengguna sistem operasi versi tersebut.

Windows 7 walaupun telah ditamatkan penggunaan, masih mempunyai angka penggunayan gtinggi sehingga ke hari ini. Versi terbaru sistem operasi yang ditawarkan oleh Microsoft adalah Windows 11.

komen


© Amanz / 2022 Kami