Carian
Redmi Note 12 Akan Dilengkapi Dengan MediaTek Dimensity 1080
October 25, 2022 Amy Maizuraa

Peranti di bawah siri Redmi Note 12 pernah dikhabarkan bakal hadir dengan cip MediaTek Dimensity 1080. Ia ternyata benar dan perkara ini telah didedahkan sendiri oleh pihak Redmi menerusi beberapa ciapan terkini di Weibo.

Apa yang diketahui setakat ini, terdapat dua variasi model bakal diumumkan yang merangkumi Redmi Note 12 Pro dan Redmi Note 12 Pro+. Menurut Redmi, generasi baharu siri Note ini akan dibekalkan dengan cip MediaTek Dimensity 1080, sekaligus mampu menyajikan pengalaman penggunaan peranti masa panjang yang baik. Ini termasuklah dari aspek prestasi dan juga jangka hayat bateri.

Sekadar rujukan, Dimensity 1080 merupakan pembaharuan terkini daripada MediaTek untuk barisan cip pertengahannya. Ia menggunakan binaan berteknologi 6nm dan menyokong resolusi kamera mencapai 200MP.

Dalam perkembangan yang sama, sistem pengimejan pada peranti turut akan ditambahbaik. Misalnya seperti penggunaan sensor Sony IMX 766 dengan OIS terbina. Di samping, sokongan sensor kamera bersaiz 200MP keluaran Samsung pada variasi Pro+. Sama-sama nantikan pelancaran rasmi pada 27 Oktober untuk ketahui lebih lanjut mengenai telefon pintar baharu Redmi ini.

Komen